Telefon: +(609) 556 2455
Waktu Operasi: 08Pg - 05Ptg

SejarahPerbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang

Bermula dengan nama Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (atau secara ringkasnya LKPP Negeri Pahang) ditubuhkan pada 15 November, 1969 dibawah Enakmen Darurat Pahang (Bil 2) Tahun 1969. Enakmen penubuhan LKPP Negeri Pahang kemudiannya telah disahkan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 01 April, 1971.

Di awal penubuhannya, LKPP Negeri Pahang telah terlibat di dalam pembukaan ladang di kawasan-kawasan yang diteroka oleh Jabatan Pertanian. Di sinilah juga bermulanya tanggungjawab sosial LKPP Negeri Pahang dengan pewujudan Rancangan Tanah Pemuda (RTP). Di dalam Rancangan Lima Tahun LKPP dan Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), LKPP Negeri Pahang perlu lebih agresif dalam penanaman tanaman komoditi utama.

Sektor PenglibatanBidang Komersial yang Diceburi

Selain tanggungjawab sosial yang diwarisi sejak awal penubuhan, PKPP mengorak langkah di dalam menceburi bidang-bidang komersial bagi meningkatkan pulangan ekonomi kepada Negeri Pahang. Perubahan kepada cabaran semasa ekonomi serta semangat dan iltizam daripada kepimpinan semasa, PKPP terus mengorak langkah meneroka peluang ke atas sumber-sumber kekayaan baru bagi memastikan PKPP terus relevan.

Perladangan Kelapa Sawit

70%

Pengilangan Minyak Sawit

10%

Pembangunan Hartanah

20%

Pelancongan dan Rekreasi

10%

Akuakultur dan Ternakan

10%

Penanaman Padi

10%